Latest News

Thursday 23 July 2015

KAJIAN TUNTUTAN 40 PERATUS KEWANGAN BAGI SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Harris Salleh sepatutnya tidak perlu banyak bunyi Oleh FB Nim Yorza (screenshot)

KAJIAN bayaran kewangan bagi Sabah sebenarnya telah dijalankan sebanyak dua (2) kali iaitu yang pertama adalah pada tahun 1968/1969 dan yang kedua berlangsung pada tahun 1974.

Seperti yang diketahui, kajian pada kali kedua tidak sempat diketahui kesimpulannya ekoran pemergian Pengerusi Jawatankuasa kajian tersebut iaitu mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun. Dr Ismail Abdul Rahman.

Oleh kerana keputusan kajian tersebut tidak diketahui, maka ada pihak-pihak tertentu di Sabah mahu untuk mengkaji semula bayaran kewangan tersebut.

Pada 15 Julai lalu, Perdana Menteri telah bersetuju mewujudkan Jawatankuasa Khas baru bagi mengkaji tuntutan Sabah tersebut.

Ekoran persetujuan itu, beberapa pemimpin negeri menyambut baik tindakan tersebut dan tidak terkecuali adalah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Melalui kajian tersebut, diharapkan akan diketahui duduk perkara peruntukan kewangan Persekutuan kepada Sabah dengan apakah mencapai 40 peratus daripada pendapatan bersih persekutuan daripada Sabah atau sebaliknya.

Data statistik menunjukan bahawa peruntukan kewangan ke atas Sabah daripada Persekutuan sejak tahun 1975 adalah lebih berkali ganda berbanding 40 peratus pendapatan bersih persekutuan daripada Sabah.

Terpulang kepada kerajaan untuk melihat keputusan kajian tersebut, apakah menggunapakai atau hanya untuk memuaskan hati para pengkritik.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook