Latest News

Monday 6 July 2015

KENYATAAN KURANG BIJAK 'SABAH JAJAHAN MALAYA'?: DR. JEFFREY

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) pa yang telah berlaku jelas menunjukkan penjajahan secara halus Oleh FB Dr.Jeffrey G.Kittingan (screenshot)


APABILA Parti Bersatu Sabah (PBS) keluar daripada Parti Barisan Nasional (BN) pada tahun 1990 adalah diambang pembuangan undi yang terkenal dengan panggilan tikam belakang dan Jeffrey adalah salah seorang pemimpin yang paling berkuasa selepas abang beliau Datuk Pairin Kitingan (kini Tan Sri).

USNO yang merasa tertikam oleh PBS terus meminta Umno Masuk ke Sabah dengan cara parti tersebut membubarkan Usno dan menerima seluruh ahli Usno sebagai ahli Umno.
 
Perlu diingat bahawa sebelum PBS menikam belakang Usno, tiada parti kerajaan daripada mana-mana yang beroperasi di Sabah kecuali parti pembangkang DAP dan PAS.

Selepas PBS menjadi pembangkang kerana keputusan parti itu, Jeffrey keluar daripada parti dan menyertai parti BN malah pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Persekutuan.

Jeffrey mempunyai sifat yang tamak dan hanya mempunyai sifat yang hanya ingin menjadi ketua sahaja dan atas sebab itulah beliau bertukar daripada satu parti ke parti yang lain. Apabila gagal menjadi ketua, maka mencuba lagi dalam parti lain.

Selepas gagal menjadi ahli Umno, maka beliau menyertai parti PKR, parti yang juga berasal daripada Semenanjung. Namun, selepas gagal menjadi pemimpin utama, maka sekali lagi keluar dan bertukar kepada parti STAR yang berasal dari Sarawak.

Jeffrey mempergunakan propaganda seperti dalam gambar dan kenyataan beliau seperti pada gambar tersebut adalah tidak lain tidak bukan bermatlamatkan dendam kerana kegagalan beliau menjadi salah seorang pemimpin parti BN.

Sebenarnya, kenyataan Jeffrey itu tidak berfakta hanya bersifat provokasi kerana keadaan sebenar adalah sama sekali tidak tepat atau tidak menyokong kenyataan beliau tersebut.

Walaubagaimanpun, cuba cabar beliau dengan bertanya, "bolehkah atau sila nyatakan jabatan mana yang dikuasai oleh persekutuan di mana jabatan tersebut merupakan jabatan kepunyaan negeri?" Sedangkan jabatan persekutuan pun yang beroperasi di Sabah, hampir semua diketuai oleh anak-anak Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook