Latest News

Monday 27 July 2015

KRITIKAN PERIBADI KEPADA DATO' RAHMAN DAHLAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) pemimpin Sabah beritahu Rahman Dahlan Oleh Blog themalaysianinsider (screenshot) (screenshot)

SETIAP pemimpin mempunyai 'prioriti'nya sendiri sesuai dengan masa dan keadaan.

Rahman merupakan MP Kota Belud, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Menteri Kabinet dan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN).

Sesuai dengan jawatan Rahman, maka beliau terlibat dalam tindakan penerangan berkaitan isu-isu semasa bagi pihak kerajaan khususnya kemelut 1MDB.

Kritikan daripada Naib Pengerusi PKR, Sabah, Mustapha Sakmud yang mempertikai tindakan MP Kota Belud tersebut, kononnya tidak mengutamakan kawasan yang diwakili beliau yang merupakan kritikan dari kaca mata pembangkang berikutan mantan calon PKR Usukan pada PRU-13 itu tidak tahu perkembangan dan perancangan MP Kota belud tersebut di kawasan Kota Belud.

Menelusuri kenyataan Mustapha yang disiarkan media pembangkang tersebut merupakan kenyataan biasa daripada pembangkang. Sedangkan, apa yang disebutkan sudah berada di dalam pengetahuan Rahman dan telah dimasukkan ke dalam pelan pembangunan kawasan Kota Belud.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook