Latest News

Monday 6 July 2015

MA63: KENYATAAN YANG TIADA ASAS DAN DIFIKIRKAN SEMULA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sebenarnya perjanjian Malaysia sudah terbatal Oleh FB Page Sabah Sarawak Kelaur Malaysia (screenshot)

PERJANJIAN MALAYSIA yang ditandatangani pada 9 Julai 1962 di London adalah di antara North Borneo (Sabah), Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu (Malaya)

Memang pada awal perbincangan, Brunei merupakan termasuk dalam cadangan Pembentukan Persekutuan Malaysia namun maklum sahajalah namanya juga cadangan.

Dalam Perjanjian Malaysia, tiada bahagian yang boleh keluar secara persendirian melainkan dikeluarkan. Inilah yang berlaku dengan Singapura. Singapura dikeluarkan daripada Persekutuan.

Selagi Persekutuan tidak membenarkan atau mengeluarkan mana-mana bahagian, selagi itu mana-mana bahagian atau wilayah tersebut kekal merupakan sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.

SSKM dan Dr. Jeffrey mencuba sedaya upaya dengan berbagai propaganda agar supaya Sabah dan Sarawak dikeluarkan daripada Persekutuan. Namun, propaganda mereka hanya berputar-putar naik turun di kalangan mereka sendiri, tanpa sokongan rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook