Latest News

Monday 6 July 2015

MACAM DI KAWASAN TERPENCIL

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Rakyat Pedalaman Sabah sudah lali dengan ayat kipas BN-UMNO... Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

AGAK-agaknya apa mereka buat di kawasan tersebut?  Biasanya kawasan seperti ini adalah kawasan penduduk yang berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Pemilik facebook ini mahukan setiap penduduk yang bersifat pindah-randah perlu dikejar dengan pembangunan seperti membina titian atau jambatan kayu seperti yang ditunjukan pada gambar tersebut.

Penduduk pedalaman masih ada yang suka pindah-randah kerana mencari lokasi baru yang subur untuk bercucuk tanam. Sebenarnya, kaedah pertanian yang mereka usaha adalah kurang baik untuk alam sekitar kerana dalam tindakan mereka yang berpindah-randah itu mereka membersihkan hutan untuk tujuan bercucuk tanam.

Salah satu impak kepada alam sekitar adalah berlakunya penyumbatan loji penapis air oleh kayu kayan hasil tindakan membersih hutan untuk tujuan bercucuk tanam di Ranau dan Kundasang semasa gempa bumi pada 5 Jun yang lalu.

Pada kebiasaannya, kawasan yang diceroboh ini adalah kawasan tanah/hutan simpan kerajaan dan atas sebab itulah tiada kemudahan jalan raya atau sebarang infrastruktur.

Tahniah kepada facebook page 1 Suara Sabah kerana membantu pihak berkuasa mengetahui bahawa ada penduduk yang mencerobohi tanah simpan kerajaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook