Latest News

Monday 20 July 2015

MENUDUH KERAJAAN MEMAKSA RAKYAT MEMBAYAR CUKAI?... KOTA MARUDU MENDAPAT NAMA!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Sabah Negara termiskin dalam gabungan Malaysia Oleh FB Doris Jones (screenshot)

TIADA istilah memaksa membayar cukai di Malaysia. Pembayar cukai hanya dikenakan kepada mereka yang tergolong dalam golongan pembayar cukai iaitu yang berpendapatan di atas RM5,000 sebulan. 

Bagi kawasan Kota Marudu yang hanya kurang 1 peratus yang membayar cukai, itupun ladang-ladang besar dan para peniaga yang mempunyai pendapatan ratusan ribu sebulan.

Penduduk Kota Marudu sekitar 80 ribu penduduk namun yang membayar cukai tidak sampai pun seribu orang.

Maka, sehubungan atas sebab itu kerajaan yang mendapat sumber kewangan daripada cukai tidak mempunyai kewangan sesuai untuk membangunkan infrastruktur seperti jalan raya. 

Kawasan bandar, di mana kadar pembayar cukai adalah tinggi maka pembinaan infrastruktur terus dapat dibangun.

Jika ada kelebihan daripada cukai yang dikutip daripada penduduk bandar, maka ianya digunakan untuk membangun infrastruktur luar bandar.

Kerajaan kena bersikap adil kepada rakyatnya iaitu mereka yang membayar cukai sudah tentu mendapat infrastruktur yang lebih cepat berbanding mereka yang senantiasa mengharapkan bantuan kewangan kerajaan dengan tidak memberi sumbangan berbentuk cukai.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook