Latest News

Thursday 23 July 2015

MERUNGKAI TUNTUTAN 40 PERATUS KEWANGAN OLEH SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Peruntukan hak 40 peratus mungkin terhad untuk tempoh 10 tahun Oleh FB Jaymie jaimey (screenshot)

PERSETUJUAN Perdana Menteri untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji tuntutan kewangan Sabah bermula tahun 1975 sebenarnya akan merungkai apakah bayaran persekutuan kepada Sabah adalah lebih atau bersamaan 40 peratus daripada pendapatan bersih persekutuan daripada Sabah atau sebaliknya.

Melihat data statistik bermula tahun 2002 hingga 2013, pendapatan persekutuan daripada Sabah berjumlah RM26 bilion berbanding peluncuran peruntukan yang diterima Sabah sebanyak RM81 bilion.

Jika diasaskan kepada 40 peratus nilai bersih kutipan, maka untuk 10 tahun Sabah hanya berhak mendapat RM10.4bilion. Namun, persekutuan menyalurkan peruntukan lapan (8) kali ganda lebih besar.

Terserah kepada jawatankuasa yang bakal ditubuhkan tersebut untuk mencari dan pembuktian seterusnya disimpulkan apakah tuntutan itu menguntungkan Sabah atau sebaliknya.

Jika temuan jawatankuasa tersebut menguntungkan Sabah, maka kredit perlu diberikan kepada mereka yang menimbulkan perkara ini namun jika temuan jawatan kuasa tersebut merugikan Sabah, siapa yang dipersalahkan?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook