Latest News

Monday 27 July 2015

PAGE ANTI PERSEKUTUAN: Kibar Jalur Gemilang, Mengatakan Mayor DBKK BUTA SEJARAH!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) 31 Ogos kita kibarkan bendera Negara Sabah Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

SEHARUSNYA, pihak berkuatkuasa telah lama menangkap admin page Tulun Sabah ini kerana tulisan-tulisannya melalui page tersebut merupakan tulisan yang bersifat anti persekutuan!

Sudah menjadi kebiasaan mana-mana kerajaan tempatan sejak berdekad lama bahawa sebaik sahaja menjelang menyambut hari kemerdekaan, bendera jalur gemilang dikibarkan untuk menggambarkan betapa bangganya rakyat menjadi sebahagian daripada negara yang merdeka, Malaysia.

Tanggal 31 Ogos, merupakan satu kompromi antara tarikh-tarikh kemerdekaan kita kerana tanggal tersebut selain kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) malah juga Hari Kemerdekaan Sabah (North Borneo).

Mungkin saja, Tulun Sabah merupakan satu page yang dikendalikan oleh kumpulan SSKM, kumpulan yang memesongkan sejarah Sabah selain kumpulan yang mahu menghasut rakyat Sabah untuk keluar daripada Malaysia.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook