Latest News

Monday 27 July 2015

PELETAKAN JAWATAN MUSA... OOII INI DAKWAAN GILA!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Boleh sudah buka persidangan dan tong undi Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(ii) jika sudah terlalu banyak rasuah dan penyelewengan Oleh FB Doris Jones (screenshot)

SEJAK Datuk Seri Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003 yang lalu, tiada sebarang salah laku yang dilakukan oleh ketua menteri tersebut.

Untuk pengetahuan semua, Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI Sabah hanya berlaku di zaman Musa, selepas dua belas (12) mantan ketua menteri sebelum ini.

Seharusnya, rakyat Sabah termasuk pemilik 'posting' pada facebook tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Musa kerana melalui beliau sahaja berlaku pembasmian PATI secara serius.

Musa pada tahun lalu, 2014, sebaik sahaja pengumuman keputusan RCI (Pati) Sabah, beliau telah membuat tindakan drastik bagi memburu, menangkap dan menghantar pulang setiap PATI di Sabah dengan sasaran SIFAR Pati pada masa kelak.

Dakwaan pemilik facebook tersebut seolah-olah seorang yang tidak tahu perkembangan semasa di negeri ini terutama berkaitan PATI Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook