Latest News

Thursday 9 July 2015

PEMBANGKANG SELAMANYA MUAK PADA KERAJAAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) ALAU RAKYAT SUDAH MUAK APA MACAM LAGI???... Oleh FB John Charles Mitah Mikat (screenshot)

PEMBANGKANG 'selamanya' muak pada kerajaan! Namun, apa pun pembelaan kepada rakyat bagi pihak pembangkang memang memuakkan.

Tanda-tanda negara maju dilihat daripada peningkatan harga barangan. Ini sebabnya peningkatan tersebut disebabkan oleh peningkatan kemampuan daya beli.

Dalam sektor perdagangan, penawaran dan permintaan menentukan harga.  Harga yang ada di pasaran sekarang adalah kesepakatan antara penjual dan pembeli.

Bagi mereka yang membutakan hati berkaitan dengan perkembangan ekonomi dan kemajuan adalah memang bersifat tamak kerana tidak mahu berkongsi pendapatan yang meningkat dengan pihak lain. Jika pengguna mendapat peningkatan pendapatan kerana pekhidmatan mereka, demikian juga penjual mahu meningkatkan harga bagi mengukur perkhidmatan yang digunakan untuk menghasil sesuatu barangan.

Para pembangkang terlupa bahawa semakin majunya sesebuah negara, maka barangan mahupun perkhidmatan akan berdepan dengan peningkatan harga. Ironinya, mereka ini hanya tahu dan mahu agar supaya harga barangan dan perkhidmatan diturunkan tetapi enggan pula bercakap bila pula pendapatan atau gaji diturunkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook