Latest News

Monday 27 July 2015

PENCURI ELEKTRIK: SAMBUNGAN HARAM!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Barisan National (BN) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) tidak serius tengani kecurian bekalan elektrik... Oleh FB Yoku Tanak Mororobuat (screenshot)

JIKA dikatakan Lembaga Letrik Sabah Sdn Bhd (SESB) tidak serius mengatasi kecurian eletrik atau sambungan haram, sebenarnya tidak tepat kerana kerap dilaporkan bahawa lembaga itu bertungkus lumus membasmi penyambungan haram.

Apa yang berlaku adalah pihak-pihak tertentu dalam syarikat tersebut mungkin melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang sehingga pembasmian penyambungan haram tidak dapat dihapuskan serta-merta.

Kini lebih malang lagi, selepas tempoh dua (2) minggu telah berlaku kematian akibat penyambungan haram yang menghangatkan lagi isu ini.

Minggu lalu, SESB dalam satu laporan mendakwa terdapatnya lebih 10 ribu penyambungan haram di seluruh Sabah dan lokasi penyambungan tersebut berlaku di rumah-rumah setinggan dan rumah-rumah haram.

Pembasmian penyambungan elektrik haram hanya dapat dibasmi dengan kerjasama antara semua pihak terutama kerajaan tempatan dan SESB.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook