Latest News

Friday 10 July 2015

PENGASINGAN RINGGIT DAN DOLAR SINGAPURA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Majalah Mastika Berpecah Ringgit Malaysia Singapura Oleh FB Sabah Sarawak Keluar Malaysia (screenshot)

MENGAPA dilakukan pengasingan antara ringgit dan dolar Singapura? Sebabnya, apabila ringgit Malaysia terus mempunyai nilai sama dengan dolar Singapura, Malaysia kehilangan "comparative advantage" dalam segi perdagangan luar negara berikutan pada masa itu negara bergantung kepada eksport komoditi seperti getah, bijih timah dan kayu-kayan.

Malaysia memerlukan ringgit untuk keperluan pembangunan negara selain keperluan obligasi membayar gaji penjawat awam.

Sebelum pengasingan tahun 1973, ringgit Malaysia, dolar Brunei dan dolar Singapura mempunyai nilai yang sama. Nilai yang sama ini tidak menguntungkan daripada segi perdagangan bagi Malaysia kerana dari segi kepenggunaan, Malaysia mempunyai ramai pengguna berbanding dua negara tersebut. (Nota: Brunei hanya merdeka pada tahun 1984)
deka pada Tahun 1984).
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook