Latest News

Monday 20 July 2015

PENUBUHAN JAWATANKUASA KHAS TUNTUTAN SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Inilah menteri BN UMNO Sabah Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

JAWATANKUASA Khas yang bakal ditubuhkan adalah tiada hubungan langsung dengan Malaysian Agreement 1963 seperti mana dakwaan page facebook tersebut. Ini kerana jawatankuasa yang bakal ditubuhkan tersebut merupakan kelanjutan daripada jawatankuasa yang sama yang ditubuhkan pada tahun 1968/69. 

Jawatankuasa kedua telah ditubuhkan pada tahun 1974 yang diketuai oleh timbalan perdana menteri pada ketika itu iaitu Tun Dr. Ismail Abdul Rahman. Namun, laporan jawatankuasa tersebut tidak sempat disiapkan kerana Tun telah meninggal dunia.

Pembayaran tunai yang diberikan kepada Sabah sejak tahun 1963 berlarutan sehingga tahun 1974. Namun, memandangkan pemberian tunai tersebut tidak memadai untuk tujuan pembangunan Sabah maka jumlah pemberian perlu dikaji. 

Pendapatan bersih persekutuan daripada Sabah (bermula tahun 1975 hingga kini), jika hanya 40 peratus daripadanya diberikan kepada Sabah maka jumlahnya tidak memadai dan atas sebab itu satu kaedah baru dilakukan iaitu melalui bajet tahunan yang dizahirkan melalui Bajet Tahunan Negara juga melalui Rancangan Lima Tahun Pembangunan Malaysia (RMK).

Jika dilihat daripada angka statistik, saluran kewangan persekutuan kepada Sabah adalah diluar 5 peratus royalti minyak, bermula sejak tahun 1975 dan senantiasa tiga (3) kali ganda bajet kerajaan negeri atau dengan nisbah 3:1. Misalnya, jika bajet negeri sebesar RM4 bilion maka bantuan kewangan persekutuan adalah sebesar RM12 bilion.

Pemberian peruntukan Persekutuan tidak lagi diasaskan kepada 40 nilai bersih sebaliknya berasaskan kepada bajet kerajaan Sabah dengan 3 nisbah 1.

Jawatankuasa khas untuk menilai peruntukan kewangan ke atas Sabah akan diketahui mana yang lebih besar dan apakah 40 peratus adalah daripada nilai bersih atau 3 nisbah 1. Oleh kerana kajian tersebut berasaskan kepada perundingan 'menang-menang', maka angka yang menguntungkan Sabah akan diambil kira.

Tujuan kajian tersebut agar rakyat dimaklumkan 'up-to-date' dan juga memuaskan hati para pemimpin pembangkang seperti Dr. Jeffrey Kitingan kerana ketidaktahuan mengenai data kewangan sebenar yang disalurkan kepada Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook