Latest News

Wednesday 29 July 2015

PERLEMBAGAAN NEGARA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Negara Sabah dan Negara Sarawak Tidak Terikat Dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Oleh FB Ah Yong Lim (screenshot)

SEBUAH negara berdaulat hanya ada satu perlembagaan. Demikian juga Persekutuan Malaysia hanya ada satu perlembagaan. 

Perlembagaan Malaysia dirangka berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu namun apabila menjadi Perlembagaan Malaysia, maka ianya disesuai dengan status sebuah 'negara' yang baru.

Perlembagaan Persekutuan yang ada telah mengambil kira Perkara 20 dan Perkara 18 seperti mana syarat yang diperlukan oleh rakyat Sabah dan Sarawak semasa bergabung dengan Malaya dan Singapura bagi membentuk Persekutuan Malaysia pada tanggal bersejarah 16 September 1963.

Apabila perlembagaan negara telah menjadi 'binding' dan perlembagaan tersebut menjadi asas kepada pemerintahan negara, maka dokumen itulah yang diguna pakai sebagai bahan rujukan pentadbiran negara.

Tidak timbul bahawa dalam sesebuah negara ada berbagai perlembagaan atau ada wilayah yang tidak terikat dengan perlembagaan.

Perlu diingat, Sabah dan Sarawak diiktiraf merupakan sebuah wilayah dalam Persekutuan Malaysia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 16 September 1963. Selain daripada itu, tiada lagi pengiktirafan kecuali pada tanggal 22 Julai 1963 dan 31 Ogos 1963, suatu pengiktirafan terhad yang diberikan kepada Sarawak dan Sabah oleh bekas penjajah.

Kenyataan SSKM bahawa Sabah dan Sarawak tidak terikat dengan perlembagaan persekutuan hanya kenyataan karut!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook