Latest News

Thursday 30 July 2015

PERSEKUTUAN MALAYSIA MEMANG SEBUAH NEGARA PERKONGSIAN KUASA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ada kawan mau minta penjelasan... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

PERKONGSIAN kuasa dicerminkan melalui pembentukan kabinet persekutuan. 

Sejak merdeka, kabinet persekutuan dianggotai oleh wakil-wakil rakyat daripada Sabah, Sarawak dan Malaya.

Oleh kerana penubuhan kerajaan persekutuan didasarkan kepada kekuatan parti, maka pemimpin Umno senantiasa menjadi Perdana Menteri.

Sistem pemerintahan persekutuan yang berasaskan sistem parlimen berpelembagaan, maka tiada siapa yang boleh mempersoalkan berkaitan dengan kedudukan Perdana Menteri.

Jika ada pihak yang bercakap bahawa perkongsian kuasa tidak wujud, itu hanya pendapat terpencil kerana kenyataan dan fakta menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan berjalan berasaskan kepada kerajaan berkongsi kuasa.

Bagi kedudukan Sabah dan Sarawak pula, sejak merdeka 'Ketua Kerajaan' atau Tuan Yang Terutama (TYT) merupakan rakyat Sabah. Kuasa-kuasa negeri semuanya ditangan kerajaan negeri.

Tidak tahu pula yang mana satu yang dimaksudkan bahawa pemerintahan Persekutuan Malaysia tidak berasaskan perkongsian kuasa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook