Latest News

Friday 3 July 2015

PRU-14: SIAPA RAKYAT PILIH?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kamu fikirlah PRU akan datang siapa kamu mau pilih oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

IANYA sudah tentu Barisan Nasonal (BN) kerana gabungan berbagai parti tersebut selain membawa pembangunan kepada negara juga mewujudkan kestabilan politik.

Perkara utama bagi pelabur sama ada pelabur luar negara mahupun dalam negara adalah merupakan kestabilan politik sesebuah negara itu. Kerajaan Umno/Barisan Nasional (UBN) yang memerintah negara sejak merdeka telah mewujudkan kestabilan politik dan juga selari dengan kadar pembangunan negara yang terus berjalan lancar sesuai dengan pertumbuhan yang diharapkan. Malah, pertumbuhan itu mampu memacu negara menjadi negara maju menjelang tahun 2020 kelak.

Memang diakui sejak awal kemerdekaan lagi, pihak pembangkang sudah menaburkan berbagai fitnah kepada kerajaan dengan tujuan agar rakyat menolak parti UBN. Namun, setelah 13 kali pilihan raya umum, UBN tetap sahaja menjadi pilihan rakyat!

Pihak pembangkang perlu menerima hakikat bahawa sebanyak 13 kali mereka gagal dan selama 13 kali rakyat memilih UBN, takkan pula pada PRU-14 nanti, rakyat menolak UBN?!!!

Rakyat negara ini sudah matang dengan memilih parti mana yang perlu diberikan kuasa walaupun rakyat kadangkala mengundi parti pembangkang untuk berperanan sebagai 'check and balance'.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook