Latest News

Wednesday 1 July 2015

PUNCA PENDAPATAN BARU LAWAN GST

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Gst implemented to increase govt incme Oleh FB Jefrison Marabin (screenshot)

JANGAN lupa sebarang pendapatan baru sesebuah negara yang terletak pada permintaan negara lain. Selain itu, pendapatan juga boleh dijana melalui sistem percukaian baru.

Di Malaysia, bukan kerana tiada sumber pendapatan baru namun pelaksanaan sistem GST selain sebagai tambahan pendapatan juga menggalakkan mereka yang sepatutnya membayar cukai kepada negara di mana berdekad lama tidak membayar. Maka melalui GST, mereka-mereka itu dapat dikesan.

Melalui sistem GST bukan juga melonjakkan pendapatan negara dengan ketara kerana sistem itu hanya menambah RM3.8 bilion berbanding sistem lama, SST.

Melalui SST, hanya 40,000 syarikat yang didapati membayar cukai namun melalui GST angka itu meningkat 10 kali ganda kepada 400,000. Walaupun jumlah syarikat yang membayar cukai meningkat dengan ketara sekali, namun pungutan tidak meningkat dengan ketara kerana GST sememangnya bukan bertujuan untuk membebankan rakyat.

GST melatih rakyat negara ini membayar cukai sebagai balasan balik kepada infrastruktur yang dibina melalui kutipan cukai daripada mereka yang membayar cukai sebelum ini. 

Keratan akhbar tempatan tersebut sebenarnya kenyataan daripada Datuk Seri Salleh Said Keruak pada tahun 2014 yang lalu. Ya, memang benar kenyataan tersebut!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook