Latest News

Monday 27 July 2015

ROMBAKAN KABINET PERSEKUTUAN: NAMA-NAMA MENTERI HANYA SPEKULASI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Rombakan Kabinet Shafie dijangka digugur, Ahmad Maslan Menteri penuh Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot) (screenshot)
(ii) Fakta Atau Auta Penggugran Shafie Afdal Dari Kabinet, Mengundang Pelbagai Persoalan Negatif Oleh Blog Ajin B Gagah (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot)

ROMBAKAN kabinet persekutuan memang akan dilakukan pada masa yang terdekat. Rombakan itu perlu kerana melibatkan (2) dua menteri.  Dato' Sri Idris Jala selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan tamat lantikan senator dan tidak boleh diperbaharui lagi dan perlu menosongkan jawatan. Menteri kedua pula iaitu melibatkan Datuk Seri Palanivel Govindasamy. Beliau kehilangan status sebagai Presiden MIC dan kini tidak berparti.

Jika melihat kepada senarai yang dilaporkan akhbar, rombakan yang dispekulasikan itu bukan membawa kestabilan kepada kedudukan perdana menteri malah bertambah goyang.

Contoh pelantikan yang menambah kedudukan Perdana Menteri tidak popular adalah kenaikan pangkat Datuk Ahmad Maslan daripada Timbalan Menteri kepada Menteri.

Spekulasi akhbar itu juga mengunakan 'pro dan kontra' apabila menyenaraikan Dato' Sri Haji Hassan Malek yang merupakan salah satu menteri yang bakal digugurkan.

Selain itu, laporan akhbar tersebut turut memasukkan salah seorang Naib Presiden Umno sebagai salah seorang yang bakal digugurkan. 

Sebenarnya, siapa-siapa yang bakal dilantik ke dalam kabinet hanya Perdana Menteri yang mengetahui kerana kuasa tersebut di tangan perdana menteri sepenuhnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook