Latest News

Friday 31 July 2015

ROMBAKAN KABINET SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah Cabinet the next to be RESHUFFLED Oleh Web Malaysia chornicle (screenshot)

DIWAR-WARKAN, hanya kerana Datuk Seri Salleh Said Keruak meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kerana dilantik sebagai menteri penuh persekutuan, maka dispekulasikan kabinet Sabah akan bakal dirombak.

Untuk pengetahuan pembaca, Speaker bukan merupakan anggota kabinet negeri. Melihat daripada keadaan tersebut, maka peletakan jawatan speaker tiada hubungan dengan rombakan kabinet.

Speaker Dun Sabah boleh sahaja melantik mana-mana pemimpin atau individu kerana tidak semestinya individu tersebut merupakan wakil rakyat.

Mungkin 'spekulator' tersebut melihat ke kanan, maka mereka melihat calon yang sesuai adalah kepada Datuk Seri Yahya Hussin.

Untuk makluman, dilingkaran pemimpin kanan Sabah, tidak ada tercetus idea berkaitan rombakan kabinet negeri Sabah.

Kalau pun dilakukan rombakan, rombakan tersebut selari dengan persiapan menghadapi pilihan raya ke-14.

Jika diambil kira persiapan berdepan Pilihan Raya Umum ke-14, Ketua Menteri Sabah akan melakukan rombakan untuk mencerminkan para pemimpin Sabah bagi menyambut tahun 2020.

Ketua Menteri, jika ingin melakukan rombakan, beliau akan mengambil kira kedudukan para pemimpin pelapis untuk didedahkan dan seterusnya mengambil alih kepimpinan.

Para pemimpin muda seperti Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif, Datuk Ramlee Marahaban mahupun Datuk Bolkiah Ismail antara di kalangan pemimpin Umno bakal didedahkan untuk menimba ilmu dan pengalaman.

Di antara pemimpin muda tersebut, Tawfiq merupakan yang terkanan. Oleh sebab itu, jika rombakan kabinet Sabah berlaku, ianya dilihat sebagai persiapan berdepan dengan PRU-14 dan juga mempersiapkan pemimpin pelapis.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook