Latest News

Tuesday, 28 July 2015

RUMAH SIAPA ITU?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) mana janji anda yb datuk dan dbkk janji tangal janji kh... Oleh FB Rizal Ejal (screenshot)

TIADA yang suruh membuat rumah di atas bukit dan lebih-lebih lagi di kawasan yang cerun. Tiada yang membenarkan menebang kayu-kayan di kawasan cerun tersebut sehingga menyebabkan tanah runtuh.

Persoalannya, rumah siapakah itu? Apakah itu rumah pemilik facebook tersebut? Mengapa pula wakil rakyat atau DBKK dipersalahkan? Apakah kawasan itu memang digazetkan oleh wakil rakyat atau DBKK untuk membina rumah?

Membina rumah di kawasan cerun bukan tanggungjawab siapa-siapa apabila berlaku tanah runtuh, melainkan tanggungjawab itu terletak kepada pemilik rumah kecualilah kawasan tersebut memang ditetapkan sebagai kawasan perumahan di mana pelan pembinaannya diluluskan oleh DBKK atau kerajaan tempatan.

Nampak gayanya, pemilik facebook tersebut telah tersalah alamat apabila menyalahkan wakil rakyat dan DBKK.

Ancaman pemilik facebook tersebut dengan terus mengupload gambar tanah runtuh tersebut boleh teruskan sehingga ada pihak yang bermurah hati menyelesaikannnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook