Latest News

Wednesday 29 July 2015

SATU LAGI KENYATAAN BOHONG DAN PALSU DARIPADA DORIS JONES

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MENTERI makna makan gaji buta Oleh FB Doris Jones (screenshot)

ISU pekerja Bangladesh hanya untuk tenaga buruh di Semenanjung, bukannya untuk Sabah dan Sarawak.

Perlu diketahui bahawa tenaga buruh di Semenanjung sangat kecil ekoran sumber-sumber buruh sebelum ini yang berasal daripada Indonesia mahupun negera-negera lain semakin berkurangan berbanding kemajuan ekonomi yang dilaksanakan berkenaan.

Buruh daripada Bangladesh bukan atas keinginan kerajaan akan tetapi atas permintaan swasta. Setiap kemasukan buruh tersebut berasaskan kontrak kerja dengan pihak syarikat yang memerlukan.

Kerajaan melakukan regulasi pengimportan buruh agar supaya mudah dikawal.

Perlu diingat, kemasukan buruh Bangladesh akan berlaku jika semua buruh tidak berdokumen dapat diusir atau dihantar semula ke negara-negara masing-masing.

Sabah tidak lagi sanggup menerima buruh asing kerana berdepan dengan masalah PATI yang diperkira lebih 500 ribu orang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook