Latest News

Monday 6 July 2015

SKANDAL MARA Incorporated SDN BHD

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Skandal MARAujian kepada Shafie Apdal Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

SKANDAL Mara Inc. Sdn Bhd berkaitan pembelian bangunan 5 tingkat Dudley International House di Timur Caulfield, Melbourne terdedah apabila akhbar Australia 'The Age' mendedahkan pembelian tersebut.

Mara Inc adalah anak syarikat MARA.

Keterkaitan Dato' Seri Shafie Apdal dengan MARA adalah atas kapasiti beliau sebagai menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di mana MARA adalah di bawah naungan kementerian tersebut.

Dalam susunan organisasi pengurusan MARA ialah agensi tersebut mempunyai pengerusi demikian juga anak syarikat yang turut mempunyai pengerusi. Pengerusi MARA tidak mempunyai kuasa eksekutif namun pengerusi anak syarikat majlis tersebut mempunyai kuasa eksekutif.

Pelantikan para pengerusi eksekutif adalah dibidang kuasa menteri yang menjaga MARA. Manakala pelantikan Pengerusi MARA pula di bawah bidang kuasa Perdana Menteri dengan mendapat persetujuan atau cadangan daripada menteri MARA.

Dengan terbongkarnya skandal pembelian MARA Inc. di Australia yang didakwa membeli bangunan dengan  harga "Mark Up" telah menyebabkan SPRM menjalankan siasatan. 

Semasa siasatan dijalankan, demi ketelusan Pengerusi dan CEO telah diberi cuti sehingga siasatan selesai dibuat.

Dalam perkembangan yang sama, menteri MARA Dato' Seri Shafie dipetik sebagai berkata, tiada sebarang masalah berhubung dengan pembelian tersebut, jika dilihat daripada segi Perjanjian Jual/Beli, kecuali kata beliau, ada dua jenis perjanjian tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook