Latest News

Wednesday 8 July 2015

SOKONGAN TERHADAP DATO' SERI NAJIB RAZAK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Rakyat Sabah harus menyokong skandal rasuah 1MDB Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

KETUA Menteri Sabah menyeru rakyat Sabah agar terus menyokong  Dato' Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden parti.

Musa senantiasa menggunakan pendekatan seseorang itu 'tidak bersalah' selagi belum didapati bersalah oleh pihak mahkamah.

Memang berbagai isu sedang berbangkit pada masa ini seperti isu 1MDB yang membabitkan hutang sebanyak RM41.8 bilion sehingga ada tuduhan daripada media asing bahawa RM2.6 bilion telah dimasukkan ke akaun Perdana Menteri.

Skandal Mara juga merupakan tuduhan pihak luar di mana kini sedang disiasat. Lagipun, skandal itu bukan membabitkan Najib melainkan para pengurus Mara Inc Sdn Bhd.

Mengapa Musa mahu rakyat Sabah sokong Najib? Sebabnya Perdana Menteri terlalu bermurah hati kepada rakyat Sabah yang tidak pernah berlaku sejak merdeka lagi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook