Latest News

Tuesday 14 July 2015

TAHUKAH ANDA APA ITU PATI?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) kenapa ini PTI tidak di tangkap jual rokok haram... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

PATI adalah singkatan kepada 'Pendatang Asing Tanpa Izin' atau rakyat asing yang masuk ke dalam negara tidak menggunakan dokumen perjalanan yang saha seperti pasport.

Para penjual rokok adalah mereka yang pernah masuk ke dalam negara pada tahun 70-an sebagai pelarian dan kemudian mendapat status pelarian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bahagian pelarian (UNHCR).

Status UNHCR itu diberikan dokumen IMM13. 

Sebagai manusia, mereka yang berstatus IMM13 ini perlu juga makan dan minum kerana hanya status sahaja dijamin oleh PBB sedangkan makan minum tidak. Mereka tiada pekerjaan lain selain kerja-kerja buruh mahupun sebagai penjual barang-barang runcit seperti makanan laut, buah-buahan termasuklah rokok seludup.

Rokok seludup adalah kegiatan orang tempatan yang lari daripada cukai Kastam. Ironinya, hanya mereka yang berstatus IMM13 sahaja berani menjual berikutan kesempitan hidup yang membuatkan manusia berbuat apa sahaja. Namun, sekiranya benar-benar PATI sudah tentu ditangkap!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook