Latest News

Wednesday 22 July 2015

TANGGAL SEJARAH INTERNAL SELF-GOVERNMENT SARAWAK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Wan Junaidi Berhubung Dengan Perarakan Kemerdekaan Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot) (screenshot) (screenshot)

APA yang dirayakan oleh rakyat Sarawak adalah memperingati tanggal bersejarah semasa dibebaskan oleh penjajah British. Penjajah telah melepaskan genggamannya pada tanggal 22 Julai 1963.

Sebagai sebuah negeri yang merdeka, hanya diiktiraf setelah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktirafnya. Pengiktirafan tersebut adalah pada 16 September 1963 sebagai sebuah negara persekutuan Malaysia.

Tidak salah rakyat Sarawak memperingati pembebasan penjajah kepada negeri mereka disamping juga merayakan tarikh apabila negeri mereka diiktiraf dunia.

Pengiktirafan tanggal 22 Julai dan 16 September adalah merupakan keadaan yang berbeza. 22 Julai hanya peristiwa Internal Self-Government negeri Sarawak manakala tanggal 16 September pula adalah sebagai negeri dalam sebuah negara yang diakui oleh badan dunia.

Terserah persepsi masing-masing, apakah hanya cukup menganggap pembebasan terhad atau pengiktirafan sejagat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook