Latest News

Thursday 9 July 2015

TEBATAN BANJIR SUNGAI KIBABAIG, PENAMPANG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Victims of Penampang Flash Flood for the last 15 years or more for your demand and your quest for your rights... Oleh FB Page Darell Leiking (screenshot)

MASALAH banjir bukan sahaja masalah yang berlaku di Penampang. Malah, di semua tempat termasuklah ibu negara Kuala Lumpur yang juga berdepan dengan banjir.

Jika Darell Leiking berhujah bahawa telah 15 tahun rakyat Penampang menunggu untuk tebatan Banjir, kawasan-kawasan lain termasuk ibu negara juga telah menunggu lebih lama.

MP Penampang itu menyindir kerajaan tentang pungutan cukai. Ya pungutan cukai! Agak-agak berapa banyak cukai yang dibayar oleh penduduk Penampang berbanding penduduk Kuala Lumpur?

Perlu Darell Leiking ketahui bahawa daerah Kota Belud yang sejak sekian lama penyokong kerajaan juga masih belum mendapat projek tebatan banjir bagi menghalang banjir di kawasan pekan setiap kali hujan lebat berlaku.

Perlu diingat oleh MP Penampang tersebut bahawa kekangan utama pembinaan sebarang projek seumpama ini adalah bajet. 

Pembinaan tebatan banjir Kibabaig yang bermula pada Jun 2015 dan dijangka siap pada Jun 2017 adalah projek yang dibiayai oleh kerajaan negeri Sabah. Ini bererti, kelulusan projek tersebut tiada hubungan dengan suara MP tersebut di dalam Dewan Rakyat. Sebaliknya, pembinaan tebatan tersebut adalah inisiatif kerajaan negeri bagi kepentingan penduduk Penampang dan sekitarnya.

Sungguh memalukan MP Penampang tersebut mahu mendapat kredit daripada usaha pihak lain.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook