Latest News

Thursday 20 August 2015

20 PERKARA BAGI SABAH DALAM PEMBENTUKAN MALAYSIA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa Vital to understand spirit of 20 point malaysia agreement Oleh Web The Star (screenshot) (screenshot)
(ii) Sabah CM: ‘Distortions’ on 20-point pact must be cleared Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot)

BAGI sejarawan dan ahli politik kadang-kadang berbeza pengertian berkaitan 20 Perkara iaitu satu senarai lampiran pada Perjanjian Malaysia 1963. Bagi sejarawan, mereka yang bercakap atau berhujah adalah berasaskan keadaan sebenar pada masa 20 perkara dirangka. Akan tetapi ahli politik pula berhujah berasaskan keadaan semasa atau kadangkala berasaskan kepada difikir semula.

Melalui tulisan ini, AFS tidak bercadang menyenaraikan butiran 20 Perkara tersebut kerana ianya mudah dilayari melalui internet. AFS berhujah melalui tulisan ini berkaitan kecelaruan pengertian 20 Perkara itu kerana akibat kepada pendekatan ahli politik yang mempunyai agenda. Oleh kerana kecelaruan tersebut, maka bahan sejarah tersebut seolah-olah menjadi kemelut atau duri dalam daging dalam Persekutuan Malaysia.

Ahli politik pembangkang misalnya berhujah berasaskan kepada pengertian sendiri manakala ahli politik pula berhujah berasaskan fakta sebenar. Namun, hujah tersebut tidak diterima pakai oleh mereka yang menentang.

Melihat kepada gejala kecelaruan tersebut, maka jalan penyelesaian adalah melalui perbincangan terbuka atau melalui forum mahupun melalui dialog agar ramai pihak dapat terlibat bersama. Ini bertujuan agar dapat dirumuskan satu kesepakatan berkaitan dengan senarai (20 Perkara) dan ianya diterima jikalau pun bukan oleh seluruh rakyat, setidak-tidaknya oleh majoriti rakyat.

Keinginan untuk menemukan titik persamaan berkaitan pemahaman 20 Perkara itulah yang dimaksudkan oleh Ketua Menteri Sabah dalam ucapan beliau semasa merasmikan satu forum membincangkan perkara tersebut di Universiti Malaysia Sabah pada Selasa lalu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook