Latest News

Friday 28 August 2015

40 PERATUS NILAI BERSIH PENDAPATAN PERSEKUTUAN DI SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SAPP urges Max to help pursue '40pc entitlement... Oleh FB Mary Siah (screenshot)
(ii) Rakyat bayar tarf elektrik tinggi kerana dasar tidak adil,dakwa DAP... Oleh FB Yoku Tanak Mororobuat (screenshot)

ISU 40 peratus nilai bersih pendapatan persekutuan di Sabah tidak pernah dibangkitkan oleh pemimpin SAPP sebelum ini. Malah, semasa mereka masih sebahagian daripada kerajaan negeri, apabila isu itu dibangkitkan oleh Dr. Jeffrey Kitingan mereka membidasnya. Namun kini, selepas menjadi pembangkang seperti "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong".

Isu 40 peratus nilai bersih pendapatan persekutuan di Sabah menjadi perhatian semula apabila Menteri Luar yang juga MP Kimanis (Umno), Dato' Sri Anifah Aman mengangkat isu tersebut kepada perhatian Perdana Menteri. Sebagai jawapan Perdana Menteri, maka satu jawatankuasa khas bakal ditubuhkan bagi mengkaji permintaan tersebut.

Oleh kerana kajian belum dimulakan, maka seeloknya bagi menunggu hasil kajian tersebut, apakah permintaan tersebut menguntungkan Sabah atau sebaliknya?

Sabah sehingga kini terus mendapat peruntukan daripada persekutuan 'rata-rata' 3 kali ganda bajet tahunan negeri. Manakala pendapatan persekutuan daripada Sabah berkisar di antara RM10 hingga 12 bilion setahun. Jika diambil kira perbandingan, 40 peratus daripada nilai bersih pendapatan itu adalah berada di bawah jumlah peruntukan yang diberikan oleh persekutuan kepada Sabah. Walaubagaimanapun, keputusan kajian perlu ditunggu bagi mendapat gambaran yang lebih tepat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook