PERKEMBANGAN politik tanah air memerlukan parti Barisan Nasional (BN) mengikiskan anggapan bahawa rakyat tiada pilihan melainkan memilih parti BN untuk pembelaan.
Corak politik tanah air sudah berbeda, parti politik yang mahu menubuhkan kerajaan berkiblat kepada pembelaan kepada rakyat.
Rakyat kini mempunyai dua (2) perbandingan iaitu negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) dan negeri-negeri yang diperintah Barisan Nasional (BN).
Kelajuan aliran maklumat juga menjadi pemangkin kepada keputusan rakyat disamping isu ketelusan dan gaya kepimpinan dengan mudah rakyat membanding-bandingkan.
Rakyat dengan mudah membandingkan adalah umpamanya daripada segi pengurusan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.
Oleh kerana Pakatan Rakyat mahu merampas pemerintahan, maka mereka berusaha sebaik mungkin berbanding dengan cara pengurusan kerajaan negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional. Tujuannya, agar supaya rakyat di negeri-negeri yang dikuasai Barisan Nasional akan terpengaruh bahawa pemerintahan Pakatan Rakyat sebenarnya lebih mesra rakyat berbanding dengan Barisan Nasional.
Para pemimpin Pakatan Rakyat lebih menonjolkan betapa hal-hal protokol diketepikan. Ini bererti, rakyat biasa dengan mudah berjumpa dengan pemimpin berbanding dengan sesetengah pemimpin Barisan Nasional yang begitu sukar berjumpa dengan rakyat.
Berasaskan kepada keadaan tersebut, maka para pemimpin Barisan Nasional perlu mengubah pendekatan dan perlu mengenepikan anggapan bahawa rakyat tiada pilihan melainkan akan memilih juga calon-calon barisan nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Di Sabah khususnya, para pemimpin perlu mengambil iktibar kepada kekalahan sebelas (11) kawasan DUN pada PRU-13 dan dua (2) Parlimen. Para calon yang kalah tersebut merupakan calon-calon yang tidak mesra rakyat walaupun ada yang merupakan calon baru namun rekod mereka sebelumnya menyatakan bahawa mereka itu bukan pemimpin pilihan rakyat.
Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Musa Haji Aman, perlu bermula daripada sekarang mengumpul maklumat sama ada untuk wakil-wakil rakyat yang sedia ada ataupun bakal-bakal calon yang bakal dikemukakan pada PRU-14 akan datang.
Musa juga perlu melihat kembali bahawa ada pemimpin yang tergolong kanan dan telah lama menyertai kabinet. Namun, kini telah menjadi liabiliti kepada parti dan kerajaan kerana mempunyai pendekatan yang tidak mesra rakyat.
Jangan berulang bahawa Presiden parti komponen BN kecundang. Jika keadaan berulang juga, maka ianya boleh menjadi pemangkin bahawa kerajaan BN akan kehilangan kuasa.
0 comments:
Post a Comment