Latest News

Tuesday 11 August 2015

APA KAIT MENGAIT SI DORIS JONES DENGAN DANA POLITIK UMNO?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jika benar wang 1MDB itu adalah derma... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DANA politik biasanya bersumber daripada sumbangan kerana parti politik bukan merupakan entiti perniagaan. Oleh sebab itu, dalam mana-mana undang-undang sumbangan kepada parti politik adalah dibenarkan.

Doris Jones cuba campur hal berkaitan dengan dana politik yang disumbangkan kepada Umno melalui Perdana Menteri. Presiden parti tahulah bagaimana mengagih-agihkan dana politik tersebut. Jika melihat keahlian Umno Sabah yang lebih setengah juta, bukan sahaja sekadar RM1 juta diberikan kepada Umno Sabah malah berkali-kali ganda daripada jumlah tersebut.

Kepada Doris Jones, jangan masuk campur urusan orang lain jagalah diri sendiri kerana melalui kenyataan-kenyataan anda, nampak gayanya anda sudah mengalami penyakit angau yang sukar disembuhkan.

Penyakit angau bagi seseorang wanita biasanya membebel tidak tentu pasal sehingga apa sahaja yang nampak pasti membebel. Kata orang Indonesia, anda sudah berada dalam zon nenek-nenek kurang belanja, ertinya sudah berada dalam zon kewarasan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook