Latest News

Monday 3 August 2015

Apakah Kerajaan Sabah TIADA AUTONOMI?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kuasa Autonomy Kerajaan Negeri … Oleh FB Sabrezani S Ghani (screenshot) (screenshot)

APAKAH urusan pentadbiran kerajaan Sabah kini tiada autonomi? Jawapannya tidak! Ini kerana sejak merdeka pada 16 September 1963, Sabah ditadbir urus oleh rakyat Sabah sendiri.

Pentadbiran tersebut meliputi daripada jawatan TYT, ketua menteri, ketua-ketua kementerian, pengarah-pengarah jabatan, pegawai-pegawai daerah, ketua-ketua majlis tempatan dan lain-lain adalah semuanya dipegang oleh rakyat Sabah.

Agensi yang  bukan dipegang oleh rakyat Sabah adalah berkaitan dengan polis dan tentera serta jabatan-jabatan persekutuan yang beroperasi di Sabah. Namun, mengikut perjalanan masa kini banyak sudah agensi persekutuan di Sabah telah dipegang oleh rakyat sendiri umpamanya seperti Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Jabatab Pendaftaran, Felda, Felcra, Lkim dan sebagainya.

Perancangan pembangunan Sabah sepenuhnya terletak kepada kerajaan Sabah. Oleh kerana pembangunan tersebut memerlukan kos yang banyak, maka disitulah Sabah memohon peruntukan daripada persekutuan.

Sebenarnya, Sabah telah lama autonomi sekian lama kecuali pada tahap-tahap tertentu di mana Sabah tiada kepakaran atau tiada kemampuan maka masih bergantung daripada persekutuan.

Sabah bebas menjemput pelabur luar negara untuk melabur ke Sabah. Malah, kerajaan persekutuan membantu agar pelabur datang ke Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook