Latest News

Monday 10 August 2015

BANJIR IMPAK GEMPA BUMI DI KAKI GUNUNG KINABALU

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MANA RAHMAN DAHALAN?? Oleh Web Suara Sabah (screenshot)
(ii) MANA RAHMAN DAHALAN?? Oleh FB Jeganathan Nair (screenshot)

MANUSIA kena mengambil iktibar setiap kejadian alam. Impak gempa bumi pada Jun lalu di kawasan gunung Kinabalu yang telah menyebabkan pokok-pokok tumbang selain kesan rekahan pada tanah-tanah yang tidak stabil.

Akibat daripada pokok-pokok tumbang, maka air hujan yang turun di kawasan tersebut tidak terhadang kelajuannya sehingga membawa lumpur bersama mengalir ke kawasan rendah. 

Salah satu kampung yang terletak di kawasan kaki gunung Kinabalu adalah Kampung Melangkap, Kota Belud.  Memang benar pada 7 Ogos lalu, kawasan kampung tersebut dibanjiri aliran lumpur yang berasal daripada kaki gunung Kinabalu.

Kejadian alam seperti ini, tiada manusia yang boleh menghalangnya termasuk sebuah kerajaan. Seorang pemilik facebook yang bernama Jeganathan Nair bertanya di mana Dato' Abdul Rahman Dahlan dengan menyertakan caption atau gambar banjir lumpur. Pemilik facebook tersebut seolah-olah menganggap Rahman itu sebagai Tuhan kerana jika MP Kota Belud itu datang menjenguk sambil memperhatikan banjir lumpur yang bergerak ke kawasan kampung, maka banjir lumpur akan berhenti atau kembali ke tempat asal?

Untuk pengetahuan Jeganathan, tiada kuasa manusia boleh menghalang banjir lumpur tersebut kecualilah pemilik tersebut mempunyai kuasa Tuhan bagi menghalang kejadian tersebut.

Banjir lumpur tersebut akan selama-lamanya berlaku sewaktu musim hujan. Tiada pihak yang boleh menghalangnya kecualilah satu empangan buatan dibina di kawasan tersebut. Jika empangan dibuat, sudah tentu penduduk di situ tidak akan setuju kerana mereka terpaksa dipindah ke kawasan yang lebih selamat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook