TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Beginilah nasip dibawah jajahan KL... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
BEKALAN elektrik merupakan tanggungjawab Lembaga Letrik Sabah (LLS) . Sebagai entiti bisnes, sudah tentu memasang bekalan elektrik di kawasan di mana pengguna memerlukan.
Anti Fitnah
Sabah (AFS) tidak yakin jika kampung-kampung yang disenaraikan tidak
mempunyai bekalan elektrik kerana menurut perangkaan penyediaan bekalan elektrik
di Sabah, hampir 95 peratus kawasan di Sabah sudah dibekalkan elektrik.
Mungkin saja kawasan tersebut merupakan yang 5 peratus tersebut. Walaubagaimanapun, satu tindakan pemeriksaan lapangan dan maklumat ini
disampaikan kepada Lembaga Letrik Sabah.
Wakil rakyat sebenarnya hanya menyampaikan keperluan rakyat kepada
pihak-pihak terbabit termasuk bekalan elektrik. AFS yakin, jika benarlah
catatan pemilik facebook tersebut, mungkin sudah lama wakil-wakil rakyat
telah menyampaikan kepada pihak-pihak yang berkenaan.
Seperti mana status LLS yang bercorak komersial, jika
sekiranya satu kawasan atau perkampungan di mana jumlah penggunanya adalah
memenuhi pensyaratan untuk pemasangan elektrik, sudah pasti
perkampungan tersebut telah lama dipasang dengan bekalan elektrik.
0 comments:
Post a Comment