Latest News

Wednesday 26 August 2015

BILA MANA PULA DATUK YAHYA KATA LUPAKAN ASAL USUL KITA?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ini lagi satu.... Oleh FB Doris Jones  (screenshot)
(ii) How can you tell us to FORGET OUR ORIGINS... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DORIS Jones adalah seorang manusia yang paling genius bodoh di muka bumi ini kerana boleh menukarkan apa saja yang orang bercakap yakni daripada putih menjadi hitam.

Datuk Seri Yahya Hussin hanya berkata, sempena menyambut Hari Kemerdekaan di mana lupakan perselisihan faham atau perbedaan pengertian berkaitan hari sambutan kemerdekaan. Ini kerana setiap rakyat perlu menghayati erti kemerdekaan kerana kemerdekaan itu bukan terletak pada tarikh melainkan kemerdekaan itu adalah hari pembebasan daripada jajahan penjajah untuk selama-lamanya.

Sambutan hari kemerdekaan cuba dipolitikkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang apabila enggan menggunakan tema sambutan tahun ini "#SEHATI SEJIWA". Sebaliknya, menggunakan tema Bersih selepas diprotes menjadi "Bersih, Cekap Dan Amanah" mengambil slogan PDRM yang diprotes keras parti itu sebelum ini.

Doris Jones cuba memesongkan rakyat supaya kembali dijajah. Ini kerana dia sendiri sudah tergolong sebagai individu yang dijajah ekoran tidak mampu keluar daripada penjajahan jiwa raga. Ini disebabkan, apapun tindakannya sentiasa dipantau oleh penaja dana kewangan untuk dia terus hidup di kota mewah London. 

Bayangkan jika seorang itu tidak mempunyai sebarang kemahiran tetapi ingin menetap di London. Maka, untuk hidup dan makan minum boleh saja menjadi seorang pembantu kedai atau pasaraya. Tetapi malangnya, bagi pembiayaian sebarang aktiviti perbelanjaan yang mewah perlu kewangan yang banyak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook