Latest News

Friday 21 August 2015

BILA PULA RAHMAN MEMBUAT KENYATAAN?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) salah RAKYAT SABAH? Oleh FB Doris Jones (screenshot)

AFS belum membaca atau terdengar bahawa Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) merangkap Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu Dato' Abdul Rahman Dahlan seperti di dalam caption yang dibuat oleh Doris Jones tersebut.

Masalah Pati Sabah merupakan masalah yang kompleks kerana ianya sudah menjadi faktor sosial di Sabah. Faktor sosial yang dimaksudkan antara lain adalah telah berlakunya perkahwinan campur antara rakyat dengan Pati atau warga asing. Akibatnya, berlakulah asimilasi dan akomodasi antara bangsa atau kaum atau manusia. Hubungan antara manusia merupakan hubungan universal yakni tanpa sesiapa yang boleh menghalang termasuklah undang-undang sesebuah negara.

Jika iapun, Rahman ada berkata bahawa semakin ramainya rakyat Sabah yang terdiri daripada rakyat baru kerana ianya sumbangan kepada hubungan antara manusia. Cinta tidak mengenal warna kulit kerana ianya merupakan fitrah manusia. jika berlaku perkahwinan di antara rakyat Sabah dengan warga asing sama ada Pati atau sebaliknya, apakah itu satu kesalahan? Mengapa Doris Jones tidak menganggap satu kesalahan apabila dia berkahwin dengan mat Salleh orang putih? Apakah UK menganggap Doris sebagai Pati sehingga dia ingin membalas dendam kepada mereka yang berkahwin dengan Pati atau warga asing yang ada di Sabah?

Kenapa Doris jones tidak mempersoalkan bahawa di Perancis, UK, Kanada, Amerika Syarikat atau negara Eropah yang juga begitu ramai Pati atau warga asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan di negara-negara berkenaan?

Di Sabah, yang menjadi perhatian kerajaan adalah warga asing yang tidak mempunyai dokumen iaitu yang masuk ke negeri ini melalui pintu belakang kerana ianya berkaitan dengan keselamatan negara dan faktor sosial.

Sabah mempunyai misi 'Sifar Pati' dalam jangka masa 2 hingga 3 tahun daripada sekarang. Oleh sebab itu, kerjasama semua pihak terutama rakyat tempatan sangat diperlukan kerana berasaskan data statistik rakyat tempatan sendirilah yang menjadi dalang kepada Pati kerana ada rakyat tempatan bertindak sebagai pelindung.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook