Latest News

Monday 24 August 2015

BUTA SEJARAH JUGA PENGKHIANAT KEPADA RAKYAT: Di Mana Malaysia???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) TANPA SABAH, SARAWAK, SINGAPURA MANA ADA MALAYSIA... Oleh FB John Charles Mitah Mikat (screenshot)
(ii) jangan kita diperbodohkan dengan laungan 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!'... Oleh FB Page The future of sabah and sarawak / the federation of malaysia  (screenshot)

PERSEKUTUAN Tanah Melayu merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. North Borneo diberikan Internal Self-Government oleh British pada tanggal 31 Ogos 1963 manakala Sarawak pada 22 Julai 1963.

Oleh kerana pemilik page tersebut belum merasakan bagaimana dijajah, maka langsung tidak tahu apa makna kemerdekaan yang sebenarnya. Sebagai contoh, pemilik page tersebut tidak mengerti apa itu kemerdekaan apabila tidak dapat menghayati erti sebenar kemerdekaan sehingga dia bebas bercakap dengan sesuka hatinya ekoran negara kini sudah merdeka. Jikalaulah perbuatan dia itu berlaku sebelum merdeka, sudah tentu pemilik facebook itu ditangkap dan dipenjarakan.

Pemilik page facebook tersebut hanya berfikir bahawa erti kemerdekaan itu hanya melaungkan kata MERDEKA MERDEKA MERDEKA tanpa megetahui proses untuk mendapatkan laungan MERDEKA MERDEKA MERDEKA itu sendiri!!!

Jika iapun pemilik facebook tersebut tidak mahu merdeka, janganlah menjadi pengkhianat kepada rakyat sehingga malas membaca sehingga buta sejarah dan buta peta. Di samping itu, sila jangan menghasut dan  membawa-bawa kepada orang lain pula.

Sebenarnya, erti kemerdekaan itu bukan terletak pada tarikh atau tanggal berlaku suatu peristiwa sebaliknya kemerdekaan tersebut adalah kemerdekaan bagi jiwa raga setiap rakyat. Pemilik facebook itu berfikir, erti kemerdekaan itu terletak pada tarikh lalu mempersoalkan tarikh sehingga menyeru memboikot tanggal 'angka 31'. Inilah masalahnya, apabila seseorang hanya hebat menjadi keyboard warrior sehingga tidak tahu apa yang diperkatakan.

Disarankan, pemilik facebook tersebut bertanya dan membaca serta mencari makna sebenar kemerdekaan. Pasti suatu hari pemilik facebook itu akan tahu bahawa negara yang belum merdeka adalah seperti "seseorang yang berada di dalam sel penjara".
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook