Latest News

Thursday 13 August 2015

DATO' SERI NAJIB RAZAK PM TERBAIK: RAHMAN MELIHAT BAGI PIHAK SABAH DAN SARAWAK!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Terbaik pengundi-pengundi Kota Belud... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

ASAS kepada kenyataan Dato' Abdul Rahman Dahlan tersebut antara lain mengenai penubuhan RCI (Pati) Sabah di mana hanya semasa Dato' Seri Najib Razak sahaja ianya ditubuhkan.

Begitu juga pembinaan Lebuhraya Pan Borneo hanya masa Dato' Seri Najib Razak sahaja ianya dibina.

Lebih penting lagi berkaitan isu kuasa autonomi hanya melalui Dato' Seri Najib Razak sahaja yang dibincangkan malah dilaksanakan dan bakal dilaksanakan.

Pengisytiharan tanggal 16  September sebagai cuti umum seluruh negara hanya melalui Dato' Seri Najib Razak sahaja ianya telah dilaksanakan.

Pelantikan bagi rakyat Sabah untuk menjawat jawatan-jawatan penting bagi jawatan persekutuan termasuk duta dan EXCO adalah hanya di zaman pentadbiran Dato' Seri Najib Razak semakin ramai.

Selain itu, sifat keterbukaan sebagai Perdana Menteri hanya dilakukan Dato' Seri Najib Razak di mana beliau senantiasa mendengar degup jantung rakyat Sabah dan Sarawak.

Berasaskan kepada fakta-fakta di atas Dato' Abdul Rahman Dahlan mengatakan dengan sejujur-jujurnya bahawa Dato' Seri Najib Razak merupakan Perdana Menteri terbaik bagi Sabah dan Sarawak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook