Latest News

Monday 3 August 2015

Dato' Seri Shafie Apdal Terus Berjuang Bersama UMNO

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Khabar angin mengatakan Shafie Apdal bakal keluar umno Oleh FB Page The future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia (screenshot)
(ii) Datuk Shafie terus berada didalam umno Oleh FB Page United Sabah National Organisation - USNO (screenshot)

KECUALILAH kata tidak di kota!

Selepas dilucutkan daripada jawatan, mantan menteri KKLW tersebut tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang negatif terhadap parti Umno. Sebaliknya,  telah berikrar akan terus berjuang dalam Umno.

Shafie merupakan salah seorang pengasas Umno Sabah apabila parti itu bertapak di Sabah pada 5 September 1991.

Tulisan page tersebut merupakan dakwaan pihak tertentu untuk memburukkan MP Semporna tersebut disamping agar persepsi negatif melekat pada beliau yang bertujuan supaya dicurigai oleh para pemimpin Umno amnya.

Pada 28 Julai, Shafie dipecat daripada jawatan KKLW kerana mengkritik 1MDB.

Isu 1MDB bukan masalah Umno akan tetapi masalah kerajaan. Untuk itu, Shafie kini bebas membela Umno kerana bukan lagi sebahagian daripada kerajaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook