Latest News

Tuesday 25 August 2015

DISEBALIK TERIMA KASIH KEPADA NAJIB

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Well CM Musa Aman, you should try to be a Chief Minister... Oleh FB Page Darell Leiking (screenshot)

MENGAPA Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyatakan terima kasih kepada Dato' Seri Najib Razak atas pembangunan Sabah? Sebabnya daripada enam (6) Perdana Menteri hanya melalui Dato' Seri Najib Razak sahaja Sabah diberi perhatian yang lebih dan khusus.

Memang tugas sesebuah kerajaan yang memerintah adalah untuk membangunan negara dan rakyat. Namun, kerajaan juga mempunyai keutamaan pada sesuatu masa. Selama lebih 40 tahun pembangunan ditumpahkan di Semenanjung oleh Perdana Menteri yang mendahului Najib, namun hanya bermula tahun 2009 Sabah diberi keutamaan! Sebagai manusia dan pemimpin, Musa perlu menyatakan keadaan sebenar kerana berkata benar merupakan tuntutan seorang pemimpin yang ikhlas untuk rakyat.

Telah menjadi polisi kerajaan untuk membangun rakyat tidak kiralah di kawasan mana. Namun di masa lalu, seperti macam ada penumpuan kepada kawasan-kawasan yang dimenangi calon-calon kerajaan. Tetapi, semasa Dato' Seri Najib Razak ianya bukan lagi sedemikian. Pembangunan terus berjalan bagi semua kawasan termasuk kawasan yang dimenangi oleh calon pembangkang seperti kawasan Parlimen Penampang dan Dun-Dun di Penampang.

Tindakan kerajaan seperti inilah yang perlu diucapkan "Terima kasih!" oleh Ketua Menteri Sabah yakni hasil pimpinan tunggal Dato' Seri Najib kerana peruntukan pembangunan di kawasan tersebut adalah bersumber daripada kerajaan Persekutuan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook