Latest News

Tuesday 11 August 2015

DORIS JONES MEMBEBEL LAGI!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Alamak !...terancam kau Abdul Rahman Dahlan... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

KALAU nenek-nenek kurang belanja memang suka membebel. Inilah yang berlaku kepada Doris Jones. Pantang melihat, pantang membaca, pantang mendengar pendapat atau kenyataan orang lain kerana pasti membebel. Malangnya bebelannya tidak mempunyai makna dan erti apa-apa.

Cuba perhatikan apa bebelan Doris terhadap Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik (BN) Barisan Nasional itu dengan mengatakan bahawa adalah lebih selamat jika dana politik untuk Umno dipegang oleh Presiden parti. Alasannya, presidenlah yang bertanggungjawab berkaitan perjalanan parti termasuk dana.

Melihat cara Doris membuat kenyataan, seolah-olah dia mahu juga tajaan kerana berdepan dengan masalah kewangan di UK ekoran sejak akhir-akhir ini tiada tajaan lagi mengalir ke akaun peribadi pelarian tersebut. Barangkali, penyumbang melihat adalah tidak berbaloi untuk memberi dana lagi kepada penggiat SSKM tersebut.

Semua pihak sekarang sedar bahawa Doris Jones tidak boleh berbuat apa-apa berkaitan dengan perjuangannya kerana jelas rakyat Sabah dan Sarawak langsung tidak terpengaruh dengan bebelannya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook