Latest News

Tuesday 25 August 2015

DORIS MENGAKU SABAHAN TETAPI LAMA SUDAH BUANG KERAKYATAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sebagai rakyat SABAH saya ingin bertanya apa pencapaian SABAH selama 52 tahun … Oleh FB Page GPRS: Gerakan Perubahan Rakyat Sabah (screenshot)

KALAU manusia bercakap tidak serupa bikin, maka ianya ternampak pada sebarang kenyataan Doris Jones. Dia sendiri sudah lama membuang kerakyatan Sabah/Malaysia tetapi masih mengaku Sabahan. Bagi mereka yang celik akal pasti tidak akan terpengaruh dengan orang seperti ini.

Perlu diingat dan diketahui Doris Jones terpaksa berbuat demikian kerana untuk terus mendapatkan sumber kewangan daripada pihak-pihak yang mahu mewujudkan kehancuran kepada Sabah dan negara.  Doris Jones ini, seperti kumpulan Bersih terpaksa bergerak sebagai anti kerajaan hanya kerana dana yang diberikan mempunyai pensyaratan yang tersendiri agar dana terus disalurkan. Bersih dalam rangka demonstrasi pada 29 Ogos telahpun mendapat dana lebih RM1.5 juta untuk menggerakkan tindakan mereka itu. Demian juga Doris Jones perlu melakukan fitnah dan pembohongan setiap masa agar supaya dana terus dapat disalurkan.

Apa yang malang, jika ada rakyat yang terpengaruh dengan dakyah Doris Jones kerana mereka itu hanya semata-mata dijadikan alat bagi Doris untuk mendapatkan wang.

Apa yang pelik, hanya Doris Jones yang merasakan apa yang didakwanya sedangkan para pemimpin utama rakyat Sabah di negara ini serta rakyat majoriti, tidak merasakan apa yang didakwa olehnya.

Jika beberapa ketika yang lalu, Doris bercakap soal MA63 dan 20 Perkara. Namun selepas diketahui pembohongan demi pembohongan, maka bertukar pula seperti dalam artikel page facebook ini. Yakinlah apa yang ditulis itu hanya agenda wang ringgit semata-mata agar Doris terus mendapat dana asing bagi meneruskan kehidupan di UK. Doris Jones belanja sakan di kompleks-kompleks mewah seperti Harrods tetapi para pencacainya kelaparan sebagai keyboard warrior.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook