Latest News

Friday 21 August 2015

GALI MINYAK ITU BUKAN GALI UBI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Petronas tidak boleh beri 20% royalti pada sabah. Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

PEMILIK facebook tersebut berfikir menggali minyak macam gali ubi! Sedangkan sudah beberapa kali diterangkan bahawa keuntungan bersih cari gali minyak adalah hanya 15 peratus dan itupun bergantung kepada harga pasaran minyak dunia.

Telah puluhan kali diterangkan bahawa cari gali minyak merupakan industri padat modal di mana industri tersebut memerlukan modal ratusan juta malahan bilion ringgit. Selain itu, kadangkala operasi pencarian tidak menemukan minyak. 

Terlalu susah bercakap kepada mereka yang tidak faham berkaitan operasi cari minyak kerana mereka fikir cari gali minyak itu macam menggali ubi.

Mengapa Sabah mendapat 5 peratus? Sebabnya keuntungan bersih 15 peratus dibahagi sama rata antara kerajaan Persekutuan, Sabah dan Petronas.  Kerajaan Persekutuan memerlukan bahagiannya untuk membiayai keselamatan perairan manakala Petronas adalah untuk digunakan sebagai modal pusingan.

Sabah melihat kekangan yang dihadapi dalam industri minyak dan atas sebab itu, melibatkan diri dalam operasi cari gali minyak dan gas. Ini kerana melalui cara itu, sekurang-kurangnya mendapat pulangan terhadap modal yang dilaburkan. Juga, dapat membuka peluang pekerjaan dan perniagaan selain mendapat bahagian untuk modal pusingan pada masa hadapan.

Melihat kepada keuntungan bersih operasi cari gali minyak yang hanya 15 peratus, maka jika meminta bayaran lebih daripada itu, awal-awal lagi Petronas telah 'angkat tangan' dan tidak mampu untuk meneruskan operasi lagi. Sekali lagi, jika Petronas menghentikan operasi, pihak mana pula yang sanggup beroperasi? Operasi cari gali minyak memerlukan modal puluhan bilion ringgit.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook