Latest News

Friday 28 August 2015

HARI KEMERDEKAAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) :Jangan derhaka pada Persekutuan Malaysia. Derhaka pada Malaya, boleh... Oleh FB Haji Julaihi Haji Suut (screenshot)

HARI KEMERDEKAAN ditetapkan pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Ini sebabnya, satu tarikh kesepakatan perlu dibuat daripada sekian banyak tarikh untuk disambut. Sarawak mendapat Internal Self Government pada 22 Julai manakala Sabah 31 Ogos dan Persekutuan Tanah Melayu 31 Ogos. Sementara untuk sambutan hari Malaysia adalah tanggal 16 September.

Hanya yang menjadi persoalan adalah mengundurkan hari kemerdekaan bagi Sabah dan Sarawak mengikuti tarikh Persekutuan Tanah Melayu iaitu pada 31 Ogos 1957. Ini  bererti, melalui pengertian itu Sabah dan Sarawak juga turut merdeka pada tarikh tersebut sedangkan realitinya ia bukanlah sedemikian.

Sabah dan Sarawak dibebaskan oleh British pada tahun 1963 enam (6) tahun selepas membebaskan Tanah Melayu dan Singapura. Namun dalam tempoh itu, Sabah dan Sarawak sudah bercakap berkaitan tentang kemerdekaan. Tetapi, hanya satu masalah timbul pada ketika itu di mana ada halangan daripada Filipina dan Indonesia. Oleh sebab itu, pungutan suara dilakukan terlebih dahulu bagi mengetahui apakah kemahuan rakyat Sabah sendiri secara majoriti. Melalui pungutan suara tersebut, rakyat Sabah mahu merdeka dan menyertai negara baru yang bakal ditubuhkan iaitu Malaysia.

British tidak akan membebaskan Sabah dan Sarawak jika tiada kesepakatan untuk menyertai negara baru kerana terlihat negara Brunei, negara itu hanya diberi kemerdekaan pada tahun 1984.

Kini, sementara merayakan kemerdekaan yang ke-58, ianya lebih banyak merujuk kepada kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan bukan bagi Sabah dan Sarawak. Ini kerana bagi dua negeri di Timur ini, kemerdekaan sebenarnya hanya berjumlah 52 tahun! Satu pembetulan perlu dilakukan agar isu ini tidak berlarutan.  

Dicadangkan dalam setiap hari sambutan kemerdekaan, agar tidak disebutkan jumlah tahunnya tetapi hanya cukup menyebut tarikh kemerdekaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook