Latest News

Monday 24 August 2015

IMPAK SELEPAS GEMPA DI SABAH: "Titian Jambatan"

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  inilah kemajuan yang dibanggakan di kg.Malangkap Tenom Oleh FB Page Remove Musa Remove UMNO Sabah (screenshot)
(ii)  Menteri-Menteri Sabah saja kaya raya,bisnes sana sini Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(iii) Mana janji-janji Kerajaan UMNO Oleh FB Page pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

MEMANG diakui selepas gempa bumi di Sabah, banyak titian jambatan kecil rosak binasa. Titi atau jambatan kecil diperbuat daripada kayu atau batang pokok yang menjadi kemudahan perhubungan antara rumah ke rumah atau kampung-kampung berdekatan di pedalaman kerana kebiasaan orang-orang Sabah yang mendiami kawasan pedalaman suka membuat rumah di pinggir sungai atau bukit bukau.

Alat perhubungan seperti titi atau jambatan pendek yang bukan bersifat kekal mudah rosak jka berlaku runtuhan tanah, inilah yang menyebabkan titi-titi tersebut turut hanyut akibat gempa baru-baru ini.

Kata orang, jangan salahkan kerajaan jika tiada pembinaan jambatan-jambatan kekal bagi satu atau dua rumah di pedalaman kerana membina jambatan menggunakan wang rakyat di mana segala pertimbangan kerajaan, setiap ringgit wang rakyat yang dibelanjakan perlu diberi manfaat kepada 'ramai' rakyat berbanding sedikit.

Kerajaan dalam membina infrastruktur perlu melihat jumlah penduduk pada satu-satu kawasan. Jika kawasan tersebut ramai pengguna, maka biasanya jambatan atau jalan raya kekal akan di bina. Inilah yang menyebabkan infrastruktur di bandar atau separa bandar biasanya lengkap berikutan faktor jumlah pengguna yang ramai. Ertinya, semakin ramai pengguna atau penduduk di sesebuah kawasan, maka semakin cepatlah infrastruktur dibina. Pemilik page tersebut patut menasihatkan penduduk yang duduk terpencil tersebut agar pindah ke kawasan yang mudah dihubungi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook