Latest News

Wednesday 12 August 2015

JAMBATAN BESI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pairin rasmi jambatan di Kg.Mesilou... Oleh FB Page The future of sabah dan sarawak/ the federation of malaysia (screenshot)

JAMBATAN seperti ini walaupun diperbuat daripada besi namun ianya boleh bertahan lama. Hanya papan kayu untuk roda kereta sahaja yang perlu diselenggarakan.

Di zaman awal merdeka, jenis jambatan seperti yang dirasmikan oleh Tan Sri Pairin inilah yang dibina oleh British atau oleh askar British. Bagi mereka yang tidak biasa menggunakan jambatan ini, sudah tentu meragui ketahanan jambatan  tersebut. Namun, tunggulah masa yang akan menentukannya. Cuma, jambatan seperti ini hanya untuk satu kenderaan bagi setiap satu-satu masa sahaja. Jika jalan tersebut semakin sibuk, maka jambatan seperti ini akan menjadi punca kesesakan.

Jambatan seperti ini pernah wujud di Kota Belud dan dinamakan sebagai 'jambatan panjang wokok'. Jambatan tersebut diganti dengan jambatan konkrit pada tahun 1996 selepas lebih 50 tahun.

Penduduk kampung atau pengguna jalan tersebut sudah tentu bergembira kerana sudah mempunyai jambatan kekal. Malangnya, pengulas facebook yang entah berada di mana, cuba memperlekehkan usaha kerajaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook