Latest News

Monday 17 August 2015

JANGAN HALANG HAK ORANG LAIN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) rakyat sabah akan mengundi BN UMNO... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

KETUA keluarga yang akan menerima decoder percuma bagi tujuan mendapatkan pelbagai siaran seperti mana perkhidmatan ASTRO yang berbayar adalah yang tergolong kepada mereka yang berpendapatan rendah, di mana tidak mampu untuk memasang perkhidmatan ASTRO.

Kerajaan yang mahu me'masyarakatkan' rakyat yang berpengetahuan, tidak mahu ada rakyat yang ketinggalan mendapatkan berbagai perkhidmatan maklumat digital baik dalam negara mahupun luar negara.

Pemilik facebook tersebut ternampak sangat mahu menghalang rakyat mendapat perkhidmatan atau menghalang rakyat mendapatkan maklumat dengan mendakwa bahawa decoder percuma yang diperkenalkan kepada rakyat yang kurang mampu adalah sebagai umpan untuk mendapatkan undi. Apa yang lebih malang lagi, mereka yang bakal menerima decoder percuma itu adalah sebagai rakyat yang bodoh.

Ternampak sangat mentaliti pemilik facebook tersebut bagaikan mentaliti komunis kerana tidak mahu ada pihak lain celik maklumat atau celik perkembangan semasa di dalam negara dan dunia.

Kerajaan yang bertanggungjawab mahu setiap rakyatnya berpengetahuan seperti mana gerakan tahun 70-an iaitu pembasmian buta huruf di kalangan rakyat.

Kepada pemilik facebook tersebut, jangan halang hak rakyat jikalau pun anda tidak mahu menerima!

Bagi keperluan tangki biru, ianya merupakan permintaan rakyat itu sendiri. Kerajaan yang prihatin, sangat proaktif kepada keperluan rakyat dan atas sebab itulah pemberian tangki biru di perkampungan diperkenalkan. Tangki biru bukan percuma akan tetapi perlu dibeli. Disamping ada rakyat yang mendapat manfaat, juga pembekal tangki tersebut turut mendapat bisnes.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook