Latest News

Thursday 13 August 2015

JAWATAN PERKHIDMATAN AWAM SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) state govt hiring foreigners Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)
(ii) sabah tidak perlu pekerja bangladdesh Oleh FB Jayme Jaime (screenshot)

SYARAT-SYARAT untuk dilantik sebagai penjawat awam dalam perkhidmatan awam Sabah, pertama adalah mesti berwarganegara Malaysia. Meskipun warganegara, namun diperlukan juga suku kaum atau bangsa seseorang pemohon itu. Tidak dinafikan di Sabah ramai juga warga asing yang menjadi warganegara berasaskan kelulusan kewarganegaraan atau neutralisasi. Perkara ini bukan baru kerana ianya turut berlaku di seluruh dunia.

Tujuan pentadbiran bertanyakan berkaitan suku kaum bangsa adalah untuk tujuan data statistik kerana untuk melihat komposisi penduduk berasaskan etnik dalam pola sektor perkhidmatan awam. Kemungkinan besar, jawatan yang diiklankan itu (caption) adalah bukan jawatan profesional sebaliknya adalah jawatan am biasa misalnya seperti tukang kebun, mekanik, penyelenggara bangunan atau jawatan-jawatan sekelas dengannya.

Di dunia ini, hanya negara-negara Asia sahaja yang suka sangat melihat kepada warna kulit walaupun suatu masa berlaku juga di Amerika Syarikat khususnya rakyat negara itu yang berasal daripada Afrika. Namun kini, negara-negara maju di Eropah dan Amerika tidak terikat lagi dengan warna kulit atau suku-sakat asal seseorang itu. Suatu ketika negara China, Korea dan Jepun juga adalah sebuah negara yang bersifat tertutup kepada bangsa asing. Namun, kini sudah membuka pintu dan diri.

Kita tahu, bahawa bangsa Filipina, Indonesia, Bangladesh atau Pakistan adalah bangsa asing yang ada di Sabah kerana mereka ini diperlukan bekerja di sektor-sektor buruh yang "Kotor, Bahaya dan Susah-Dirty-Dangerous-Difficult" yang mana rakyat Sabah masih segan melakukannya.

Pemilik facebook tersebut kena menerima hakikat bahawa sektor buruh dan perladangan masih memerlukan tenaga kerja untuk meneruskan industri kerja-kerja perladangan. Keadaan ini suatu hari nanti pasati akan berkurangan, jika rakyat Sabah sudi mengambil alih. Persoalannya, anda sanggupkah?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook