Latest News

Friday 7 August 2015

KEBODOHAN DORIS JONES TERSERLAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kenapa tidak tumbangkan dari dulu Oleh FB Doris Jones (screenshot)

APA yang Dato' Abdul Rahman Dahlan katakan, jika Dato' Seri Najib Razak curi wang rakyat, maka tidak perlulah Clare Rewcastle Brown, WSJ atau Sarawak Report, para pemimpin Umno termasuk beliau akan menjatuhkan Perdana Menteri.

Oleh kerana Dato' Seri Najib tidak mengambil atau mencuri wang rakyat, maka majoriti pemimpin Umno menyokong Perdana Menteri keenam tersebut.

Doris Jones dengan komen di facebook tersebut, terlihat bagaimana bodohnya pelarian tersebut sehingga maksud Rahman diertikan adalah sangat bercanggah.

Najib dibebani berbagai dakwaan negatif kerana kebocoran maklumat akaun peribadi beliau yang digunakan untuk menerima sumbangan bagi tujuan dana politik.

Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional lebih yakin bahawa wang sumbangan untuk tujuan dana politik lebih selamat jika berada pada akaun Perdana Menteri kerana beliau bertanggungjawab berkaitan dana politik bagi perjalanan seluruh aktiviti dan pengurusan parti.

SPRM telah mengesahkan bahawa wang yang diterima oleh Perdana Menteri bersumber daripada penyumbang budiman dan tiada kaitan langsung dengan 1MDB seperti mana dakwaan pembangkang dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook