Latest News

Friday 28 August 2015

Kedudukan Ekonomi Negara dan Wang Mengalir Keluar

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tembirang Dato' Abdul Rahman Dahlan bercangah dengan kenyataan kawan baiknya... Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

DUA pengertian yang berbeza. Kedudukan ekonomi bukan berpaksi kepada wang yang mengalir keluar. Kedudukan ekonomi negara secara keseluruhan adalah kukuh dengan kadar pertumbuhan 4.9 peratus pada suku kedua, tahun 2015. Namun, wang mengalir keluar daripada pasaran saham sehingga Julai adalah mencecah 17 bilion dolar AS. Aliran tunai itu merupakan wang spekulatif yang ditempatkan melalui saham dan bukannya wang yang mendatangkan nilai tambah. Peningkatan nilai pasaran saham hanya menambah 'market capitalization' kepada syarikat yang tersenarai di bursa saham dan sudah tentunya menambah kekayaan kepada syarikat tersebut.

Ada dua (2) kemungkinan berlaku apabila syarikat yang 'terapung' saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Antaranya adalah mendapat untung, melabur, membuka atau memperbesarkan syarikat atau juga menambah kekayaan kepada pemilik syarikat tersebut. Keadaan itu tidak terlihat impaknya kepada ekonomi negara dalam jangka masa pendek. Maka dengan itu, hal itu tidak dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara.

Pertumbuhan ekonomi negara dilihat daripada segi eksport negara baik dalam barangan mahupun perkhidmatan.  Oleh kerana komoditi negara seperti minyak, kelapa sawit serta getah menurun, maka ianya perlu diimbangi dengan kedatangan pelancong asing. Pelancong akan datang jika keamanan menjamin keselamatan mereka dan pastinya jika kekacauan berlaku, maka pelancong akan berkurangan. Inilah yang dimaksudkan oleh Dato' Abdul Rahman Dahlan bahawa negara akan kehilangan berbilion ringgit jika pelancong tidak datang kerana berlaku huru-hara di Kuala Lumpur amnya akibat tindakan demonstrasi jalanan yang dilakukan oleh kumpulan radikal Bersih.

Biasanya, setiap sambutan hari kemerdekaan ramai pelancong datang untuk melihat perarakan hari kemerdekaan yang penuh warna-warni berlatar belakangkan budaya majmuk negara ini. Budaya seperti itu tidak terdapat di negara mereka kerana kebanyakan budaya negara-negara luar adalah bersifat monogen.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook