Latest News

Wednesday 12 August 2015

KELUAR MALAYSIA DILARANG DIBAHAS DI DUN SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Oppostion slams Syed Abas for banning the word “secession” in State Assembly sittings”... Oleh Web Kinabalu Today (screenshot) (screenshot)
(ii) So many derogatory words including rude... Oleh FB Page Darell Leiking (screenshot) 
(iii) WHAT SAYS JOSEPH PAIRIN? New Sabah Speaker bans use of word SECESSION... Oleh Web Malaysia Chronicle (screenshot) (screenshot)
(iv) Aah, they now seem to be abandoning Najib huh?... Oleh FB Page Darell Leiking (screenshot)

LARANGAN membahas keluar Malaysia di DUN Sabah dicadangkan oleh Speaker DUN Sabah yang baru iaitu Datuk Syed Abas Syed Ali ADUN Balung tersebut dilantik sebagai Speaker yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Salleh Said Keruak yang meletakkan jawatan kerana menyertai Kabinet Persekutuan melalui rombakan kabinet pada 28 julai lalu.

Larangan membahas 'Keluar Malaysia' berkuatkuasa bermula pada persidangan DUN Sabah yang dijadual pada hujung tahun ini. 

Larangan membahas keluar Malaysia oleh Speaker yang baru mendapat kritikan pedas daripada MP Penampang Darell Leiking daripada PKR kerana menurut ahli parlimen pembangkang tersebut, larangan tersebut bercanggah dengan amalan demokrasi.

Mengapa larangan membahas keluar Malaysia dilakukan? Sebabnya Sabah melalui kerajaan yang dipilih rakyat secara majoriti telah memutuskan bahawa tidak timbul sama sekali tindakan atau perancangan bahawa Sabah akan keluar Malaysia. Untuk itu, mengapa membincangkan atau membahas sesuatu yang tidak mungkin berlaku? Membahasnya bukan sahaja membuang masa malah tidak berfaedah kepada rakyat Sabah.

Telihat sekali bahawa ahli pembangkang seperti Darell bukannya pemimpin yang mewakili rakyat akan tetapi mempunyai perjuangan peribadi dan perjuangan untuk menghancurkan negara.

Bagi rakyat yang mahukan keamanan, sepatutnya wakil rakyat seperti Darell ini jangan diberi peluang sama sekali untuk mewakili rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook